Monday, June 25, 2012

TERLEPAS PANDANG..

hari last kelas arituhh prof salah (salahudin) ada berpesan yang test kedua akan  dibuat dalam tempoh dua hari selepas kelass.. means kelas 17/5, prof akan post dalam portal 18/5 dan sila hantar before 21/5 jam 12 tengahari... maka menggagau kedah people said lahhh berhari-hari dalam iclass.. ku cari-cari tak berjumpa lagi... ingatkan tak jadi lagi...

sekali.........24/5 itu hari, cik Far call me through fon ofis, terkejut aiii telefon bab keje dulu, pastuh merawittt 20 minit hal-hal gosip semasa lahhh...  rupa-rupanya dah terlepas... semestinya lahh sangat bersedih hati.. tak ape.. la tahzan... cuba lahh juga post kt portal.. mana tau untung sabut timbul, untung batu tenggelam, jangan carry mark aku sekali terbenam... tak sanggup mak.. sadis laahh.. padahal berhari-hari memang dok usha line kot-kot dia post, padahal tak tau prof post tang mana...hahahahhahaha terserlah kebengapan aku... macam mana nii.. dah laa beban kerja makin hari makin bertambah, itu pun orang tak nampak lagi.. sekarang ni aku lahh kuli, aku lahh pencacai, aku lah boss *boss perasan bulih..

ok lahh nak pergi renew rodtek keta bapak pulak. Jenuh la tengah-tengah tahun ni. ketiga-tiga kereta perlu direnew cukai dan insurans tapi jangan salah faham ketiga-tiganya bukan milik saya dan saya diberikan geran sahaja untuk renew.. wang?? hahahaaha pandai-pandailah nak cari.. sakit betul..

oh ya, hari ni sudah isnin, khamis sudah mau exam, tapi perasaan tak macam pelajar pun nak menempuh peperiksaan akhir.. konon macam budak bijak.. harapkan lulus sahajalahh memandangkan belajar hanya sampingan, siang-siang penat kerja malam-malam nak baca buku... pfftt.....


memandangkan hari ini sudah pun masuk gaji, tapi sebenarnya dah separuh pun digunakan membayar hutang, topup touch ' go.. lepas tu, mak bising gaji beribu, tau perabih duit sahaja.. yerrr, nampak saya macam tak ada responsibility untuk loan besar-besar, tapi sedar lahh saya masih ada loan yang anda tak nampak. dahlaa nak ke shah alam 3 kali bulan ini sahaja.. dengan bulan puasa lagi.. harap-harap dapat bertahan.. macam mana rakan-rakan saya yang sama jumlah gaji, mampu bertahan membeli sebuah kereta.. saya hanya mampu menyimpan angan-angan lagi... dasar mahu kereta besar saja ~_~' hahahaahhahaa




tetiba letak gambar kursus induksi itu hari.. maksudnya apa?? saya nak pergi berkursus merehatkan minda walaupun ada kalanya kursus hanya menambah beban di minda dengan perlu mematuhi peraturan masa, etika pemakaian yaaa saya berselipar di pejabat.. hahahahaha mudah kan?? 


rindu lahhh nak induksi lagi walaupun hujungnya ada exam dan present tapi tak serabut otak menyelesaikan masalah orang..menghadapi aduan orang awam..


ahhh, merungut lagi... tak baik... ini kan punca rezeki...

Thursday, June 14, 2012

BILA..

hari khamis, balik pukul 3.30petang..
sekarang 3.39petang big boss masih bersembang di luar dekat dengan punch card..

arrgghhhh!!!!

Tuesday, June 12, 2012

NAK TUKAR..

got panggilan from johor.. apa agak-agak?? dia nak minta tukar ke sungai petani.. alasan dah beli rumah kat taman setia something.. namanya wani juga.. menurutnya lagi, eceh dah macam surat khabar lagi.. dia ingat saya sebut masa induksi itu hari... yerrr induksi di kepala batas, pp.. negeri limguan eng.. HAHAHAHA..

"kalau nak bekerja better duduk jauh-jauh , kita muda lagi" yerr kak.. memang saya state macam.. tapi depends lahh, kalau jenis post yang senang terbang merata, duduk di pengkalan hulu pon no hal.. boleh beli barang siam murah..*jangan terasa yerr orang pengkalan hulu.. contoh saja..

ini kalau dah ditakdirkan...

TAWARAN KERJA
JAWATAN :KULI JABATAN KERAJAAN 
NAMA : CIK MANIS 
TEMPAT : PENGKALAN HULU
*ini pun contoh.. tapi pengkalan hulu dekat lahh juga.. kalau dapat masih boleh tidur di rumah mak ayah seminggu sekali..

tapi kak, ini johor.. kalau saya kahwin dan suami kerja sana, memang saya yang menurut perintah.. pindah juga walaupun hati tak berapa rela.. *minta-minta bukan orang selatan, jua orang pantai timur jauh sekali orang sabah sarawak.. tak mau tak mau...

saya minta maaf.. jujur kami dah rancang tiga penjuru.. wahh dah macam pilihanraya, mentang-mentang PRU dah dekat.. dari putrajaya ke kulim,kulim ke sungai petani, sungai petani ke putrajaya... faham tak?? tak faham, buat-buat fahamlahh..


nanti lah kak, kalau saya dapat suami orang johor, dan saya pun terpaksa berpindah ke Johor, maka akan saya fikirkan...Kahkahkah..


kedai kain kawen di pasar baru, bandung.
sebenarnya saya amat bersyukur.. di saat mereka yang mendapat posting sehingga ke sabah sarawak *unless dia memang asal sana lahhh saya dapat kembali ke daerah sendiri *walaupun tetiba mak ayah balik pindah ke daerah bersebelahan,jarak masih satu jam perjalanan.. dulu, sebelum dapat kerja sini, siang malam tunggang terbalik solat hajat, solat sunat, tak nak dah gaji rm800 jerrr sebulan...HEHEHEHEHE. sekarang mak ayah bising saya semakin lupakan itu semua... aduhh, insan berdosa.. semakin lalai.. lama tinggalkan quran.. tidak lagi amalkan puasa sunat.. Allah, panjangkan usia ku untuk membuat sedikit bekal di sana.. ibarat kata big boss, jangankan syurga firdausi yang ingin dicapai, nanti para nabi terkejut diri ini nabi yang mana pula.. HAHAHAHAHA

BERENDOI-ENDOI...

yahh, kepenatan majlis berendoi dekat rumah tok di lindungan raja.. memang nampak nama kampung macam wauuu.. tapi padahal kawasan ulu jerrr orang kedah kata.. tak pe lahh, saya bukan asal situ.. HAHAHAHAHA kampung sebelah mak pon kawasan hulu, namanya begini hujung bandar, saya rasa bukan hujung bandar kampung itu berkedudukan tapi hujung dunia dah.. line telepon pon dah tak clear.. ok lahh kalau dulu langsung takdak..

inipun sebenarnya kali pertama buat majlis berendoii macam ini.zaman kami lima beradik memang tak ader nye pendedahan cenggini. *bak kata mama, modal nak hidup pun tak berapa cukup, untunglah anak-anak sekarang.* kumpulan berendoi import khas dari kampung sebelah mama, sik yerr tuan puan.. dalamnya ada makteh *adik mama* untunglah mereka suara sedap dan pandai melontarkan suara, harapkan suara aku mampu lontar kat karaoke saja.. "."

bayi yang diraikan, sebenarnya bayi-bayi 'Nur Aina Syuhada' ini anak maksu lahir bulan mac beza usia 5hari saja dengan aku(tak kira tahun laaa.. HAHAHAHA) dan 'Nur Syuhada Shakinah' ini pulak anak pak jangg.. lahir bulan empat.. ini beza banyak hari sikit lahh dari aku... HAHAHAHAHA.. jadi saya gelarkan mereka 'Aina Syuhada Shakinah' .. bukan gelarkan tapi gabung kan sekali nama... sembelih 4 ekor kambing terus... uishhh dahsyat diorang nihh.. ingatkan nak join sekali untuk saya buat akikah bakal anak-anak sendiri.. HAHAHAHA tak perlu tonjolkan desperate itu kerana single itu lebih indah tetapi kahwin itu lebih indah T_____T dah dah suka keluar topik..

tapi buaian *orang kedah panggil doii(sebutan kena keras sikit.. yer saya tahu memasing tengah praktis nak menyebutnya)' ada cuma satu.. tapi we had two babies in here.. huk alohh boleh pak jang tak bawak balik doii pulak.. terpaksa guna baby carseat maksu punya.. habis aku letak bunga-bungaan, renda-renda bagi fancy.. nampak cute sikit.. idok lerrr nampak besi doii sajer... tengah-tengah siap kan pelamin untuk si kecil, cun-cun rombongan tiba.. ecewahh, macam dah nak kahwin bunyinya.. dengan bertowel di kepala, berbaju tshirt dari semalam, dah pukul sebelas tak mandi mandi lagi anak dara nii.. paham lahhh kenapa dia masih single.. HAHAHAHAHA..  tak sangka jejari bulat kerasku pandai juga buat hiasan, hasil pertolongan maklang juga, tapi maklang cuma letak bunga di tepi.. aku masih menguasai dekorasinya.. perasan!! kemudian mama cakap wani jadilahh pengerusi kat depan, macam tuan rumah.. ewah mama comel sangat macam tu.. malu saya.. terusterang saya belum mandi.. perlu segera segarkan diri..dah siap mekap keluar, diorang dah start, saya terus duduk sebelah ibu pengantin, mak jang.. maksu masih sibuk di dapur, yaa sampai habis kenduri dia saja yang sibuk.. saya?? tak pandai buat-buat sibuk, kemas sikit-sikit.. nasib itu saja yang pandai buat.. HAHAHAHAHA saya kena mengasuh baby, tidurkan baby, susukan baby?? itu semua alasan melepaskan diri..

apa lagi yaa?? owhh makteh datang bersama empat orang dayang bukan dari kayangan yang semua sepupu saya bersaiz kelinking sedangkan saya ibu jari.. *takperr kita gi joging hari-hari* mereka turut sama menyumbangkan suara.. ehh bukan mengendoikan bayi tersebut.. bila tengah keriuhan itu, tiba-tiba teringin ber anak sendiri.. lihatt kemahuan mempunyai anak yerrr.. ada juga 'benda' untuk didakap di saat kegulauan hati.. tapi time 'mereka' berkeadaan baik sahaja.. waktu menangis, terus dipassingkan kepada bondanya..*ehh saya juga kadang-kadang tidurkan mereka di atas dukungan sendiri.. hebat tak?? HAHAHAHAHAHAHA... ciri-ciri mungkin dah ada tapi belum masanya... Kahkah .. ayat standard.. dah laaa, sibuk kerja, kang kerja tah ke mana, anak terabai ke mana, suami apatah lagi.. tetiba je kemungkinan mendapat madu indonesia itu lebih tinggi.. tak sanggup.. 


ok lahh jenguk lahhh apa yang ada hari itu.. ke semua menu tak dapat ditangkap gambar dek kelalaian sendiri.. nasi arab yang sedap, kambing masak merah yng lazat, kambing masak kurma sangat marvelous, dan kambing  bakar malam sebelum...

NUR AINA SYUHADA *harap nanti dah besar adalahh ingatan waktu kecil..


NUR SYUHADA SHAKINAH 
 boleh masa nak aqad untuk akikah si bapa, pak jang lahh tuhh terlupa nama anak.. nasib dibawanya PA sendiri (ipan ahcin anak ahcott) ingatkan nama adiknya.. sudah ingat nama dibintikan nama dengan abdullah.. konfius nama sendiri pon lupa.. itu lahh pak jang kena rilek cool and steady..


 mereka adalah dayang-dayang yang tak bertauliah pada hari itu.. dari kiri adik busyuk ecah, atiqah(semoga cepat naik pelamin tahun depan, kita endoiikan anak awak pula yerr), aqilah, ain, dan si hajar... ehhh ecah pon nampak gebu dari biasa..


 see.. buaian yang saya gubah sendiri.. boleh laaa ambil upah menghias buaian untuk majlis berendoi anak-anak.. HAHAHAHAHAHA padahal ambil bunga hantaran kenduri maksu dua tahun lepas..

 makteh bertudung hijau..


 dengan aina *sepupuku dan naimah *ibu saudara sepupu tingkatan 5.. pantang kalau saya panggil mak ngah.. siap warning tak bagi saya kahwin sebab tak mau title tokngah lagi... HAHAHAHAHAHA..


 aina lagi.. motivasi untuk diri sendiri.. HAHAHAHAHA..


terlajak lepas rumah tok, terus ke air terjun.. HAHAHAHA
sekian, melaporkan...








p/s : ingat nak ke batu feringghi takpun air terjun kat junjung jerrr... nak release tension.. release lahhh sangat..

Monday, June 11, 2012

RAHSIA

"haii, tengah menaip gadis semasa kahh??" jerit kak su(it) di hadapan bilik inii.. dah mejanya betul-betul berhadapan bilik yang kerdil ini, maka sebab itulahh kami senang berkongsi cerita kott?? senang bermain badminton bersama-sama malam isnin.. ehhh??

"tak, taip minit mesyuarat, boss nak urgent" betullah.. tapi sekarang dah setel.. KAHKAHKAH..

tengah menaip minit mesyuarat*yerrr setinggi mana pun kamu dalam ofis kalau boss arahkan buat minit, terpaksalah ikut rentak.. kadang-kadang yang mengkonfiuskan keadaan, dia akan sebut 2 3 nama untuk ambil minit, kadang-kadang clash.. tengok lahhh siapa yang siap dulu.. HAHAHAHAHA..

setiap mimpi membawa maksud kahh?? kalau mimpi hal-hal kerja?? kadang-kadang rasa macam nak cek kesihatan jerr.. entahkan darah tinggi entah kan darah rendah entah kan kolesterol tinggi sebab sometimes pening-pening bila habis kerja.. dah sampai umah, terus lena atas katil lepas maghrib terus sampai pukul 2, dah susah tidor balik tapi tak kan solat sunat sebab penyakit mim alif lam sin.. sangat berdosa manusia ini.. isk isk... sangat sedihlahh bila mimpi hal pejabat, orang sekeliling pejabat.. kalau mimpi pasal jodoh yang hensem tak apalahh... tak kan merungut walaupun repeat 214x bermimpi... HAHAHAHAHA.. kamu tahu sedih?? seumpama pergi sekolah hendak mengelak cikgu paling tidak disukai.. analogi budak nakal di sekolah maahad.. tak lahh jahat, cuma sedikit rebel. 

ok lahh saya mohon sangat-sangat jangan masuk lagi hal pejabat dalam mimpi.. sudah lahh datang ofis pun tension, takkan dalam mimpi pon nak tension?? mimpi itu perlu indah..

HAVE A NICE DREAM PEPSS...

TUNGGULAHH..

Baru masuk pejabat untuk hari ini, masuk agak awal 7.40pagi. Awal lah bagi orang yang biasa punch merah sekali dua dalam masa sebulan... HAHAHAHHAHA gila tak berdisiplin. Jenguk-jenguk dari tempat punch, ok big boss dah ada tengah baca newspaper. A.B.A.I kan sajee.. kita A.B.U kan dia.. tapi mampukah? nanti tak sempat ku A.B.U kan,, dia yang A.B.U kan dulu.. yerr lahh mereka orang besar, aku orang kecil sahaja. T___T

tak apalah, nak cerita ni. entah ada yang sudi dengar(baca) atau tidak. tak apalah janji ada diceritakan di sini. semalam berkira-kira untuk membuat sesuatu yang memberi hasil kepada kerjaan. mula-mula pergi kat agen, minta dia valuekan si kiah  itu.. oklah, sekali semua kena 900++ sahaja.. mula mengorek segala simpanan yang ada.. setelah berhempas pulas tunggu giliran akhirnya sistem offline.. memang tak mampu memaki apatah lagi mencarut.. redha-redha dalam hati sambil bermain angry bird.. terasa mau menelan bird sekor-sekor dalam game... jadi, diamkan saja, balik lahh ke pangkal jalan..

dan akhirnya hari terlaksana di maybank sahaja. terdapat insiden sangat ganas lagi comel.. entah macam mana ganas boleh bercampur comel.. mungkin sebab mereka berdua adalah kanak-kanak yang sangat comel tetapi bermain aksi ganas.. lalu menjadi comel.. tambah ganas.. dah-dah hentikan ganas dan comel nihh.. satu budak laki satu budak perempuan.. yang membuli bukan lelaki malah lelaki itu juga tidak pelawan kepada perempuan, bagus lelaki tidak untuk perempuan.. mula-mula bermain secara elok, tetapi menjadi aksi ganas bila si perempuan mencekak pinggan.. dia mula menumbuk lelaki.. kemudian membuat kasut si lelaki seperti sebiji bola yang bulat.. kemudian ditarik baju si lelaki sampai terduduk keliling kaunter bank. hairan dua beradik kah mereka. tapi yang melarang si ibu lelaki terhadap anak lelakinya, perempuan yang mengganas tidak sama sekali.. memang aku tergelak-gelak sambil bergoyang badan-badan.. ehh tak sengaja pon badan tuhh.. geleng-geleng kepala.. rupanya si ibu perempuan itu sedang di kaunter berurusan.. terus dihalang yerrr, tidak langsung ditinggikan suara.. bagus lahhh ibu itu.. tenang.. *sambil berdoa dalam hati saya bakal bersifat begitu dengan anak-anak nanti.. rupanya perempuan ini sudah seperti terlebih vitamin.. dipanjatnya kerusi untuk pelanggan, ok lagi, dipanjat pula kerusi officer kat situ.. nasib baik lady tuhh baik hati.. sempat lagi berlawak dengan si ibu perempuan "tadi i suruh dia pakai kasut, dia cakap tak pakai kasut tapi pakai selipar" nampak?? kecik-kecik lagi menampakkan ciri-ciri loyar buruk. akak doakan adik menjadi loyer yang terbaik satu hari nanti.. jangan jadi macam akak, loyer hampeh... HAHAHAHAHA..

anak-anak inilah yang menemani tika di ofis.. menjadi keras dalam skrin pc..
ok lahhh nak siapkan minit mesyuarat... hadoii...

Saturday, June 9, 2012

MASIH TERKEJUT.

entah pakcik itu seronok buat lap lipat dengan ex5 nya, saya tak tahu, yang saya tahu saya dalam perjalanan untuk menambah beban di maybank(oh yaaa saya terjumpa pegawai bank yang manis bertahi lalat di tepi bibir)... baru bersemangat bercerita hal-hal gosip ofis dengan kak su (it) yerrr saya memang bersahabat baik dengan dia.., tetiba kena tahan berenti dek pekerja kontrak tepi jambatan.. berenti sebab dia tutup laluan sebelah kami... nak bagi laluan orang bertentangan kami.. saya fikir tak laju sngat sebab jalan agak teruk sejak merdeka tapi semuanya salah kerajaan PAS...HAHAHAHAHA semua salah lim guan eng nak menyusahkan melayu.. HAHAHAHAHAHA*bak kata abang saya.. ini bukan blog papagomo atau parpukari hari-hari mengampu kejenya... entahlahhh...

sambung balik... masa tengah berenti, tetiba dengar bunyi.. dung dang dung.. errr, lebih kurang bunyinya begitu.. tengok-tengok kat cermin, orang belakang dah bertindihan... maksud saya, ada dua motor dah bertindih.. macam motor belakang dah terlajak belah *orang kedah kata* motor depan... HEWHEWHEW nasib tak kena kereta saya... serta merta peristiwa 2 tahun lalu menerpa di ingatan... HAHAHAHAHA.. peristiwa jatuh motor dekat bukit lengkok... orang area kulim - penang tanah besar nihhh tau laaa kat mana... aduhh, sakit... masa tengah berenti tuhh, perasan yang seorang dok tunjuk-tunjuk keta saya nihhh... ahhh sudah... jangan babitkan beta yang tak bersalah... lepas pada pekerja kontrak tuhhh bagi laluan dekat lane saya, terus pecut tak tengok ape dah....

 gambar atas menunjukkan satu kejadian kemalangan masa gi melawat bandung~jakarta hujung tahun lepas. tengah berhenti untuk membeli air mineral untuk para penumpang..ie kamilahh peserta rombongan..tengah sedap di atas bas, tetiba bunyi kuat merempuh belakang bas, rupa-rupanya motorsikal yang merempuh bas.. aduhh sakit.. si penunggang membawa anak kecil.saya kira berusia anak dalam lingkungan 5-6 tahun, meraung menangis sambil bapa mengerang kesakitan. drama indonesia lagi.. cepat-capat bapak supir dengan bapak hilman segera menyuruh kami naik atas bas. mengikut cerita bapa hilman, kalau di indonesia, kalau dibantu akan dikatakan kita yang bersalah, makanya kenalah tanggung bil pembayaran segala bagai.. oh no, teringat kes anak di China yang dilanggar berkali-kali dengan lori, tapi alangkan sedihnya tak siapa sudi bantu..  T____________T
hasil rempuhan motor garuda...
bukan nak lepaskan diri, tapi memang tak bersalah dalam ini cerita.. so berhati-hatilah di jalan raya...


Wednesday, June 6, 2012

ADA ORANG MENCARI..

ini bukan kes sape-sape stalk kerrr, bekenan kerrr.. ini kes my best friend (harap-harap dia tak beralih arah jadi pencacai boss tapi saya rasa takkan) tengok saya watt blog... dia tanya dalam blog nak tulis ape?? "kak tak pandai laa wani..." "takkan masak telur goreng pon nak masuk blog??? " haih laaa kak su, comel lahh awak... awak citerr jerr ape yang terlintas, pastuh blogkan ajerrr.. orang nak bace kerrr, orang nak suke kerrr orang nak maki kerrr, abaikan.. blog saya, bulan-bulan bayar bil internet.. orang yang dok bising-bising bayar kerr?? tak kan??

pastuhhh dok usha, sekali saya tengah buka blog saifulislam.com tajuk dia gadis semasa... terus dia kata "ooohhh, gadis semasa, nak pi cari tengok" HAHAHAHAHAHA lagi comel... geli saya nak letak headings GADIS SEMASA??? HEWHEWHEW...

ok kak su.. try ur best smpai jumpa CIKMANIS nihhh... HAHAHAHAHAHA

 ini lawatan khas dato sheikh fadzir(betul entah nama dia begitu.. maaf dato').. bukan lahhh gula-gula nak pilih raya... cuma satu lawatan so sial... T__________T
itu big boss saya sebelah dato'... memang betul big... big kuasa lahhh boss.. raja tanah kan??? kang kate saya nak mengata pulakk.. takk boss, boss tetap di hati saya.. demi SKT tahun nihh...

 dah macam dato' pulak salam cium tangan bos... HAHAHAHAHA

kak su yang pakai baju oren, ehh ada dua orang baju oreng... yang tak nampak kaki kasut, tapi bukan kudung kaki.. tak nampak saja...
INI DITUJUKAN KHAS BUAT KAK SU (IT)...

NASIB HARI INI...

ini bukan nasib malang jauh sekali nasib buruk... semua takdir Allah atas kelalaian sendiri.. kadang kala menyesal macam tuhh disebabkan usaha setakat ini sahaja... kadang terpikir mungkin nasib ini boleh diubah andai boleh dibuat lebih dari ini?? tapi hakikat, kita masih manusia, mampu berusaha, kadang kala berputus asa...

ecewahh, berfalsampah hari ini... terpikir nak ambil microwave orang datang berjualan di pejabat... tapi mak tak bagi... HAHAHAHAHA padahal bukan pakai duit mak pun... takper lahhh, nanti dah ada rumah sendiri... insyaALLAH kalau ada... masa akan ditentukan nanti... dah macam geng-geng makcik ofis lahhhh, suka membeli benda orang bawak datang ofis.. takperr lahhh nak cari sendiri tak jumpa... asalnya si penjual suka-suka nak teman suami buat aduan kes tanah, sekali jumpa customer boleh promote.. itulahh rezeki ade saja mana-mana...

sebenarnya sebagai seorang part time student lagi berat daripada full time.. berat nang nang orang ganu kate... takperr lahhh itu semua jihad... jihad akbar nehhh.. HEHEHEHE pandai letak  hukum sendiri... bertolak kul 1.30mlm dari atas bas.. sampai pukul 7pagi. kadang bas tak berenti subuh pon ~_~ astaghfirullahalazim... tapi kejadian baru nihh driver india, kesalahan atas diri sendiri.. pernah juga naik bas dari kedah-terengganu, driver melayu, mestilah islam kan??? takpe, saya boleh solat dalam kenderaan.. eh, masa g phuket lagi dahsyat.. 3 serangkai, maghrib-isya'-subuh.. sesungguhnya insan berdosa lahh.. taubat balik... tak mau buat... lepas kelas dari kul 8.30pagi-6.00petang... 8.45malam naik bas lagi nak pegi keje pulak... eeuwww, penat.. letih.. exhausted.. tired.. demi ijzah gagah jap.. rasa tak larat, berenti jerr lahh, rase gagah sikit tangguh.. rasa nak kahwin, ikut kate suami.. HAHAHAHA.. itulah dulu taknak mengaji betul-betul.. muet pon tak gagah lepas band 4 jugak.. apakan daya, mungkin hikmah Allah dah tetap.. memang itu yang terbaik untuk diriku..

sebenarnya dalam tak gagah juga, banyak penyakit pelupa ada simptom-simptom nihh.. sebab muda panggil simptom pelupa, atas sikit 40 nanti simptom nyanyuk.. dah tuhh macam mana lahhh nak keje sampai 60 tahun??? mau kena jerkah ngan public... HAHAHAHAHAHA.. datang pagi Isnin dah kelam kabut bangun lewat .. 6.45pagi... yerr tempat keja dengan rumah sejam... bersiap tukar beg gi kelas semalam dengan handbag g ofis, bersiap baju nak pakai empat hari kat rumah tok cik.. yerr, saya takder umah sewa.. tak bernafsu lagi duduk sorang-sorang.. nak duduk dengan orang lain, tak nak ahhh.. kena jaga sensiviti lagik.. ehhh, baik cari suami... HAAHAHAHHA dah duduk diam-diam... melalut banyak..

dah sampai ofis baru perasan.. tak bawak purse!!! aiyokk... bawak keter, tak ade lesen, ic lagi lahhh tak ade... HAHAHAHAHA penyakit lupa dah mari... dengan minyak keta dah naik merah nihhh... adehhh... kena buat pinjaman bank mak ngah bank termengah-mengah...

kemudian mengadu pada seorang sahabat.. tak lahhh mengadu lebih kepada bercerita nak dapatkan perhatian... HAHAHAHAHA.. terus disua duit... ehhh seganlahh... dia bagi terus, dia taknak bagi pinjam... hasil bisikan sahabat, k.nita (bukan nama sebenar) ambil lahhh duit tuhh, sok kita watt belanja mcd.. terus diambil tanpa berkira lagi... Alhamdulillah rezeki kami... HAHAHAHAHA... dah selamat secret recipe keesokan hari..

mungkin hikmah tertinggal purse, saya terus balik rumah ... tengok-tengok adik kesayangan yang busuk ecah, dah tengah bancuh bahan nak buat cupcake.. bertuah ada adik pandai masak tapi kurang kerajinan... maksud kurang kerajinan ialah hanya rajin memasak sambil mengecahkan dapur... mengemas dapur tunggu mama datang on duty pula... KAHKAHKAH.. bertuah laaa punya anak... tapi takkan nak makan cupcake saje??? jom g tesco cari bahan buat spagetti..tetiba jerrr teringin sangat nak makan spagetti.. oklahhh ada juga side dish... tanya besday boy read : ayah saya... nak pesan ape?? boleh ayah pesan aiskrim potong kacang merah punya.. jimat belanja punya besday party... HAHAHAHA oklahh ada dari tak derr kan?? pastuhhh mama bersuara "kalau kak wani ada mesti buat macam-macam, sebab tuhh masa pi medan, rasa sunyi.." HAHAHAHAHA matilaaa kalau adik beradik lain baca statement gila ba** nihhh.. sorry abang sorry kakak sorry adik-adik.. takperr saya jadi organizer jerr, sponsor diorang lahh....

out of topic japp.. JELAJAH SATUUUUU MALAYSIAAAA....

 gambar masa diorang watt jelajah 1malaysia.. punyerr gigih kuar kat belakang ofis..*time boss takderr, bolehlaaaa... ehh, bos ade pon aku gagah keluar...
hokk nihh parking belakang kerr tepi ofis??? gituhh la lebih kurang..
 time nihhh sebelah podium, tunggu tuan DO nak lepas.... eiii takleh bayang kayuh tanpa henti dekat 5 6 jamm... kang tengah-tengah kayuh nak membuang camno?? berentiii jap bang, nk g stesen minyok jap... masuk-masuk ofis depa dok bising, azizulhasni awang maii tumpang toilet... punya lahhh caya... tetiba teringat balik, dia acara keirin dok dalam velodroom(iyo ke idok eja gini??)... mana main jalanan punya kayuhan... KAHKAHKAHKAHKAH...

BACK TO TOPIC PULAK...

takyahlaaa letak gambar besday, kang orang kate "eiiii sambut besday yang ke 54 pon nak letak gambar" HAHAHAHAHA takperr lahhh itu telahan orang... tapi inilah penghargaan sementara ayah mama masih sihat kuat bertenaga, masa inilahhh nak berbakti kat diorang..KAN KAN KAN semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dinaikkan gred (pangkat takyah dah, nak pencen pon..) dikekalkan keimanan Allah, sayangkan mama dan kami selalu....

WANI SAYANG AYAH SOKMO..

 *alohh meeting pulok, okbaii..