Monday, June 25, 2012

TERLEPAS PANDANG..

hari last kelas arituhh prof salah (salahudin) ada berpesan yang test kedua akan  dibuat dalam tempoh dua hari selepas kelass.. means kelas 17/5, prof akan post dalam portal 18/5 dan sila hantar before 21/5 jam 12 tengahari... maka menggagau kedah people said lahhh berhari-hari dalam iclass.. ku cari-cari tak berjumpa lagi... ingatkan tak jadi lagi...

sekali.........24/5 itu hari, cik Far call me through fon ofis, terkejut aiii telefon bab keje dulu, pastuh merawittt 20 minit hal-hal gosip semasa lahhh...  rupa-rupanya dah terlepas... semestinya lahh sangat bersedih hati.. tak ape.. la tahzan... cuba lahh juga post kt portal.. mana tau untung sabut timbul, untung batu tenggelam, jangan carry mark aku sekali terbenam... tak sanggup mak.. sadis laahh.. padahal berhari-hari memang dok usha line kot-kot dia post, padahal tak tau prof post tang mana...hahahahhahaha terserlah kebengapan aku... macam mana nii.. dah laa beban kerja makin hari makin bertambah, itu pun orang tak nampak lagi.. sekarang ni aku lahh kuli, aku lahh pencacai, aku lah boss *boss perasan bulih..

ok lahh nak pergi renew rodtek keta bapak pulak. Jenuh la tengah-tengah tahun ni. ketiga-tiga kereta perlu direnew cukai dan insurans tapi jangan salah faham ketiga-tiganya bukan milik saya dan saya diberikan geran sahaja untuk renew.. wang?? hahahaaha pandai-pandailah nak cari.. sakit betul..

oh ya, hari ni sudah isnin, khamis sudah mau exam, tapi perasaan tak macam pelajar pun nak menempuh peperiksaan akhir.. konon macam budak bijak.. harapkan lulus sahajalahh memandangkan belajar hanya sampingan, siang-siang penat kerja malam-malam nak baca buku... pfftt.....


memandangkan hari ini sudah pun masuk gaji, tapi sebenarnya dah separuh pun digunakan membayar hutang, topup touch ' go.. lepas tu, mak bising gaji beribu, tau perabih duit sahaja.. yerrr, nampak saya macam tak ada responsibility untuk loan besar-besar, tapi sedar lahh saya masih ada loan yang anda tak nampak. dahlaa nak ke shah alam 3 kali bulan ini sahaja.. dengan bulan puasa lagi.. harap-harap dapat bertahan.. macam mana rakan-rakan saya yang sama jumlah gaji, mampu bertahan membeli sebuah kereta.. saya hanya mampu menyimpan angan-angan lagi... dasar mahu kereta besar saja ~_~' hahahaahhahaa




tetiba letak gambar kursus induksi itu hari.. maksudnya apa?? saya nak pergi berkursus merehatkan minda walaupun ada kalanya kursus hanya menambah beban di minda dengan perlu mematuhi peraturan masa, etika pemakaian yaaa saya berselipar di pejabat.. hahahahaha mudah kan?? 


rindu lahhh nak induksi lagi walaupun hujungnya ada exam dan present tapi tak serabut otak menyelesaikan masalah orang..menghadapi aduan orang awam..


ahhh, merungut lagi... tak baik... ini kan punca rezeki...

No comments: