Thursday, May 22, 2008

LAFAZ YANG TERSIMPAN!!

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

aktiviti terkini...

skang ni tgh cuti sem 1bln 3minggu.. tp setakat ni 3weeks dikorbankan utk debat.. bkn sbg pndebat tp lbey senang mjadi pemerhati @ pemantau @ penganalisis... byk beza klu kita berada di posisi yg dnyatakn td.. klu jd pmrhati lbey cpat dpt knal pasti kelemahan konsep @ tau apa yg bley kita bidas.. tp klu jd pndebat lps lwn br tau apa klemahn yg sbnr ptut kta attack pihak lwn.. lbh mudah utk analisis kelemahan kes pihak lwn..