Wednesday, March 4, 2009

kugan:hero atau penjenayah??

KUALA LUMPUR 4 Mac. — Polis sedang menunggu arahan pejabat Peguam Negara sebelum mengambil tindakan terhadap 11 anggotanya yang disyaki terlibat dengan kematian suspek curi kereta mewah A.Kugan pada Januari lepas.

Kugan, 22, suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, yang direman pada 15 Jan lepas, mati empat hari kemudian di Hospital Kajang, dan bedah siasat pertama mendapati punca kematiannya ialah paru-paru berair. Namun, ekoran permintaan keluarganya yang tidak berpuas hati dengan hasil bedah siasat itu kerana terdapat kesan kecederaan pada mayat, bedah siasat kali kedua dijalankan oleh pakar patologi forensik PPUM, Dr Prashant Samberkar pada 25 Jan lepas.

Kugan telah disanjung oleh sesetangah pihak mengatakan inilah dia hasil kekejaman pihak polis.

Sedangkan umum mengetahui bahawasanya Kugan merupakan penjenayah paling dikehendaki oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes kecurian kereta mewah di sekitar Selangor.

Namun pada hari pengebumiannya, Kugan telah diarak beramai-ramai dengan menaiki kereta mewah di jalan raya utama. (x sia-sia nmpaknya mati dalam tahanan polis.hehe...)

Sebelum itu bilik mayat menjadi kecoh apabila sekumpulan manusia telah menyerbu di situ walaupun pihak polis telah meminta agar tiada perarakan untuk mendiang Kugan ini.

begitu juga kekecohan yang berlaku apabila timbul persoalan mengapa adadua orang kenamaan telah memecah masuk ke bilik mayat yang menempatkan Kugan ini.

Mungkin ini berpunca kesilapan mereka yang obses untuk menjalankan siasatan atau ini semua hanya mainan politik semata2 ingin menutup janeyah besar yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya..

psst: siasatan masih dijalankan....

kekangan ekonomi..peranan kerajaan??

baru-baru ini PM kesayangan kita Datuk Seri HAji Ahmad Badawi telah mengumumkan akan menimbang semula kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kabinetnya baru-baru ini. sekali lagi kita cuba ditunjukkan bahawa sesungguhnya kerajaan masih lagi prihatin terhadapmasalah rakyat..
Disaat kegawatan ekonomi melanda, ramai yang kehilangan mata pencarian, kita masih mahu menambah beban terhadap mereka merasai tekanan ini. ketika tahun lalu kita bising dengan kenaikan harga minyak lalu menjadikan semua harga barang naik..
rasional para peniaga adalah 'ni semua sbb minyak naik'.. walhal barang2 ni beli sebelum harga minyak naik lagi... inilah hakikat sebenar kehidupan manusia.. golongan marhaen hanya boleh mengikut segala yang telah diberikan, mereka yang hidup ibarat merak di atas kayangan terus menindas tanpa mamikirkan kehidupan di istana syurga abadi kelak...
Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada semua untuk mengatasi segala permasalahan ini dengan sewajarnya...