Monday, June 11, 2012

TUNGGULAHH..

Baru masuk pejabat untuk hari ini, masuk agak awal 7.40pagi. Awal lah bagi orang yang biasa punch merah sekali dua dalam masa sebulan... HAHAHAHHAHA gila tak berdisiplin. Jenguk-jenguk dari tempat punch, ok big boss dah ada tengah baca newspaper. A.B.A.I kan sajee.. kita A.B.U kan dia.. tapi mampukah? nanti tak sempat ku A.B.U kan,, dia yang A.B.U kan dulu.. yerr lahh mereka orang besar, aku orang kecil sahaja. T___T

tak apalah, nak cerita ni. entah ada yang sudi dengar(baca) atau tidak. tak apalah janji ada diceritakan di sini. semalam berkira-kira untuk membuat sesuatu yang memberi hasil kepada kerjaan. mula-mula pergi kat agen, minta dia valuekan si kiah  itu.. oklah, sekali semua kena 900++ sahaja.. mula mengorek segala simpanan yang ada.. setelah berhempas pulas tunggu giliran akhirnya sistem offline.. memang tak mampu memaki apatah lagi mencarut.. redha-redha dalam hati sambil bermain angry bird.. terasa mau menelan bird sekor-sekor dalam game... jadi, diamkan saja, balik lahh ke pangkal jalan..

dan akhirnya hari terlaksana di maybank sahaja. terdapat insiden sangat ganas lagi comel.. entah macam mana ganas boleh bercampur comel.. mungkin sebab mereka berdua adalah kanak-kanak yang sangat comel tetapi bermain aksi ganas.. lalu menjadi comel.. tambah ganas.. dah-dah hentikan ganas dan comel nihh.. satu budak laki satu budak perempuan.. yang membuli bukan lelaki malah lelaki itu juga tidak pelawan kepada perempuan, bagus lelaki tidak untuk perempuan.. mula-mula bermain secara elok, tetapi menjadi aksi ganas bila si perempuan mencekak pinggan.. dia mula menumbuk lelaki.. kemudian membuat kasut si lelaki seperti sebiji bola yang bulat.. kemudian ditarik baju si lelaki sampai terduduk keliling kaunter bank. hairan dua beradik kah mereka. tapi yang melarang si ibu lelaki terhadap anak lelakinya, perempuan yang mengganas tidak sama sekali.. memang aku tergelak-gelak sambil bergoyang badan-badan.. ehh tak sengaja pon badan tuhh.. geleng-geleng kepala.. rupanya si ibu perempuan itu sedang di kaunter berurusan.. terus dihalang yerrr, tidak langsung ditinggikan suara.. bagus lahhh ibu itu.. tenang.. *sambil berdoa dalam hati saya bakal bersifat begitu dengan anak-anak nanti.. rupanya perempuan ini sudah seperti terlebih vitamin.. dipanjatnya kerusi untuk pelanggan, ok lagi, dipanjat pula kerusi officer kat situ.. nasib baik lady tuhh baik hati.. sempat lagi berlawak dengan si ibu perempuan "tadi i suruh dia pakai kasut, dia cakap tak pakai kasut tapi pakai selipar" nampak?? kecik-kecik lagi menampakkan ciri-ciri loyar buruk. akak doakan adik menjadi loyer yang terbaik satu hari nanti.. jangan jadi macam akak, loyer hampeh... HAHAHAHAHA..

anak-anak inilah yang menemani tika di ofis.. menjadi keras dalam skrin pc..
ok lahhh nak siapkan minit mesyuarat... hadoii...

No comments: