Sunday, August 15, 2010

AKAK KERJA PENCEGAH MAKSIAT, DIK!!!


Fuhh!! Fuhh!! Dah berhabuk teruk dah dalam nihh… tanda kemalasan seorang pemalas… HAHAHA… aku punya pasal, nak bagi labah-labah berkoloni hebat dalam nih, gajah beranak pinak kaa tapi dah kehilangan mood nak menyumbang sepatah dua kata.. diam bukan bermaksud salah, diam dalam mengumpul kekuatan.. kekuatan apa?? Yang tu biarlah rahsia…

Ok full stop… kita takyah cita sal persiapan nak raya.. itu boleh simpan lam ASNB, untung2 dapat dividen tinggi nanti.. syaaban pon tak lepas dah nak

mega raya nihh…

Seperti biasa dah selesai tamat mengaji nihh, dok umah goyang kaki… tak tak… bukan malas or memilih or wat-so-eva… ada kekangan2 yang tersendiri.. HIGHLY CONFIDENTIAL..

Jumaat yang lepas (7julai10) 4.45-5.45petang yang mulia lagi mendamaikan..

Lepas kami bergotong-royong di umah nenek sedara aku Cuma tolong ckit2… hahahaha…

So bila dah penat walau pun sekadar mengangkat kertas 2 3 helai, namun amat meletihkan otak yang bekerja, kami pergi ke air terjun kat kampong nih walaupun air terjun tidak saya kedapatan Cuma air yang menerjunkan dirinya sekadar lebih semester… mungkin itu dia punya kelebihan tersendiri… tinggi tinggi sangat bahaya kat orang takut macam orang yang memang takut air… hahahaha =)

Air terjun kat sini taklah berapa best sangat melainkan air yg keruh sekeruh bunga di hatiku… yang nih satu kelebihan kerr?? Hahahaha sila abaikan ayat yang selepas ‘keruh’ ok??? Lebih kurang keluasan swimming pool saiz kanak2 kat hotel2 tuh… saya sekadar mencelup kaki.. sila mandi air basuhan kaki saya ekkk… memandangkan kawasan di situ ramai orang, saya mengajak sepupu and adikku yang terchenta ke tempat mamat mamat dri mana tah berkubang tapi selepas dah kawasan kosong line clear…. Kat sini pon kami tak mandi.. tak kuasa I mandi air berkeruh sekeruh wajahmu… jangan dok kerut dahi dahhh…

Kami dok rendam kaki bg doctorfish makan segala kuman kudis kekotoran yang melekat kat kaki hilang… nih bukan doctor fish si pensiang ikan… ala yang ikan kecik2 orang amek wat treatment bagi konon2 boleh menghilangkan daki di kaki yang sudah berdaki bagi orang takdak laki.. yang statement last tuh ayat merepek perempuan belum berlaki.. hahahaha dah macam title filem… SAYA MEMPERSEMBAHKAN FILEM TERBARU YANG BERTAJUK PEREMPUAN BELUM BERLAKI…. Dah2 dok merepek meghaban plak… masa dok rendam bagi makhluk ALLAH nih makan see memang kaki berpenyakit nihh… hahahha adalah sorang selebriti asal kampong.. ala dia masuk reality tv nak carik pelawak tuhh.. dah2 gitau bebanyak nanti orang leh detect tak bezz arrrr… dia dengan kengkawan.. spoil our mood toll… hehehe

Tetiba mai la awek 2 ekor bermotor dengan 2 ekor jantan bermotor jugak… cek tak hirau pon apa tujuan depa… biasala budak innosen kalau p ayaq terjun ngn family jaaa… mula2 depa 2 ekoq sedap2 ang panggil depa ekoq nooo…. Nak wat camna perangai tak berapa manusia dok dekat-dekat kami ja… lam 10 meter la… mai dekat aku , aku karate ang la…

Tetiba seorang lelaki yang sudah tua datang naik moto mai round2 yang dipercayai orang diamanahkan jaga ayaq teqejun nihh… tetiba dia dok tegoq sapa tah kat lubuk alek semak belah sana… tetiba jugak aku perasan tinggai 2 ekoq ja, sekoq awek sekoq jantan… lagi 2 ekoq p mana??? Timbul keraguan di hati…

Cek pon bangun gabuih2 pasiaq2 yang melekat gilerr detail ang dok melalut… cari2 sapa la kat alek semak tuhhh… la 2 ekoq td dok situ… patut la tak nampak… cek mula2 malas nak teguq, tapi ingat hadis sebut ‘bila melihat maksiat hendaklah kamu membencinya sebenci2 dot dot …’ hadis riwayat tak berapa ingat… nanti p cari tauuuu…. Cek saja2 nak tegoq… lepas bagi salam semua…

Ceq : dok watpa 2 orang nihhh??

Jantan : xwat pa kak.. dok mandi ja…

Ceq : laaa, awat dok ,mandi kat semak 2 orang jaaa nihh??? Boleh ka dok 2 2 orang laki pompuan??

Jantan : tadi memang nak mndi kat sana, tapi RAMAI sangat, tuh yang mai mandi sini.. RAMAI nih merujuk kepada ceq, adeq ceq, sepupu ceq sorang… 3 orang = ramai orang..masuk mandi tadak sorang kehh..

Ceq : laaaa, mana da ramai… kak dok situ tengok tak dak sorang pon yang mandi…. Nih kawen dak lagi, dok mandi 2 orng ja nihh???

Jantan : dak lagi kak… tapi nak kawen tahun depan dahhh…

Ceq : laaaa, mana boleh dok 2 orang jaaa xnikah lagi…

Jantan : tapi nak kawen taun dah taun depan…

Ceq : tapi tak nikah lagi kann???

si jantan dok balas habaq nak nikah taun depan… tak puas ati ngan aku la tuhh..

ceq : kak tamau taun yang nikah taun depan ka esok ka sat lagi ka… hat yang rini ampa bukan dok nikah lagi kann??? …. Bla blaa…. Da org yg ketiga bila berdua2an… bla bla…. Jangan wat benda malu mak ayah…. Bla bla….. berapa banyak bayi lahir kena buang… takdak ayah…. Bla bla…

jantan : kami tak buat benda benda camtuh…

ceq : dik, memang la mula2 tak wat benda2 macam tuh… tapi ingat syaitan tak berenti hasut kita…




bayi ditemui di tengah laman yg sangat comey...

amek dri blog photografer mna tah.. tp gmba2 dia suma chumil2 laa..

dan blab la bla…. Banyak lagi yang kami bualkan tapi censored lahhh… satgi naik boring plak… yang bestnya boleh siap p mngaku kerja ngan pejabat agama… hahahaha… yang si awek dah lari nek atas awalawal lagi… taupon malu…ceq tanya mai ngan sapa, katanya ngan kakak.. owwhhh, yang kat atas tadi tuh kakak dia… baguihla dua beradik 2x5… kakak ooiii, anda lebih tua, nasihatkan adik yang baru nak kenal dunia… bukan mendedahkan dia dengan perkara perkara ALLAH tak suka.. cuba kita letakkan diri kta jadi parents one day, apa perasaan kita mai2 orang cerita benda tak elok pasai anak kita??? Bengkek tak???

sebenarnya yang paling mengecewakan, pakcik tadi mai round bagi salam jaaa… bukan nak tunggu sampai depa naik balik umah… anda lebih tua, depa lebih hormat kat anda… bebrbanding saya yang lebih jauh muda…. Tapi dakwah terletak atas semua bahu khalifah ALLAH atas muka bumi… situasi masyarakat hari nihh, hilang rasa menjaga tepi kain orang.. bukan sampai tahap anda perlu selak kain hingga menampakkan kepada anggota masyarakat lain… sekurang2nya depa merasa sedikit terkesan dengan teguran kita… yang berlaku hari nih, anak ang mak ayah dia la jaga, anak aku lepas bebas asai tak kacau orang… ingat sikit, dosa nih ada 2 hubungan, dosa dengan ALLAH satu lagi dosa dengan manusia… mcm mencuri… konpom dia dah melukakan hati dengan orang yang kena curi, dah dosa ngan manusia… bila dah mencuri konpom dosa ngan ALLAH sbb dah patut kena hudud… tapi takpala kat dunia tak kena akhirat ada.. ALLAH tak lupa punya… lagi satu, rasanya cirri-ciri nih hasil didikan dari bondaku yang terchenta tak pernah gentar, takut menegur mereka yang sedikit lalai.. dulu jiran depan umah, tiap2 malam lelaki2 datang umah… mama tak pernah takut nak tegoq, walaupon ayah jauh mengaji kat johorr… u r so inspired me mama… pastuh mama tegur jerrr bebudak bujang perempuan depan umah yang berdating, perangai cam p******d jerrr… pastuh, ceq tak pnah berembung dengan diorang… bizi sangat kot, minah2 kilang nihhh.. saya panggil minah kilang coz diorg keje kilang…

hari nih entri panjangpanjang untuk peringatan saya juga… dulu saya kenal dengan seorang sahabat, mula2 kenal, dialah kuat menentang gejala couple, sapa berdating konpom kena sound… namun lebih menyedihkan hari ini dia paling berbangga menayang-nayangkan kekasih pujaan hatinya… but, I’ll know u better.. saya Cuma mendoakan dia mendapat hidayah yang ALLAh pernah berikan kepadanya sekali lagi, dan saya berdoa juga agar aku dijauhkan dari perkara yang dihina lagi dibenci ALLAH…

Aminn… ya ALLAH…ya muqallibil qulub.. KAU yang bolak balikkan hati hamba2mu…. Kau tetapkanlah imanku ya ALLAH, iman kedua ibu bapa ku, kaumkeluargaku, seluruh guru2 yang mengajariku, sahabat2ku yang mendampingiku , serta seluruh umat ISLAM ini ya ALLAH… KAU peliharakanlah diri kami semua ya ALLAH dari kemaksiatan yang KAU benci, peliharakanlah kami daripada hasutan dan godaan syaitan yang telah bersumpah akan menyesatkan anak2 ADAM ini ya ALLAh…

AMIN ya RABBAL ALAMIN…

p/s perhatian kepada mana2 pej agama yang mempunyai kekosongan pegawai pencegah maksiat, boleh ke alamat ini..... i mmg da bakat...caiittt, perasaan lagi sekali..

amek aku!!! kan dah 3 page MS Ofis aku buat...

No comments: